Khamis, September 30, 2010

USAH KELIRU ...

AWAS! Jangan mudah terpedaya ... 

AYUH! Marilah bersama membezakan yang mana intan dan yang mana kaca; yang mana fakta dan yang mana nista. 

HARGAI dan PELIHARALAH keamanan, perpaduan dan kemakmuran tanahair yang telah terbina sekian lamanya ... Jangan ada KELIRU dalam PERJUANGAN!!!
  

KELIRU - http://www.youtube.com/watch?v=pGczVkFrjdw

RETAK MENANTI BELAH ...

Setiausaha Agung PKR merang MP Machang - Pas, Saifuddin Nasution Ismail mendakwa kekecohan yang melanda parti tersebut adalah ANGKARA ORANG LUAR.

Hakikatnya, perpecahan retak menanti belah sememangnya mula menular kerana ramai di kalangan ahli parti tersebut sudah mula  sedar dari lena diulit mimpi indah dan kini berasa TIDAK PUASHATI dengan gaya kepimpinan DSAI dan Azmi. 

Dakwaan khasnya melalui video bahawa kekecohan bukannya dicetus oleh ahli-ahli PKR ternyata direka demi  untuk mengalihkan pandangan ataupun fokus umum terhadap kepimpinan parti tersebut yang diasaskan oleh DSAI duabelas (12) tahun yang silam.

Kebangkitan akar umbi PKR yang mula tersedar dari igauan buruk ternyata akan memecahbelahkan perpaduan di kalangan ahli-ahli parti  berkenaan. 

Tiada salahnya untuk BERPECAHBELAH DEMI KEPENTINGAN RAMAI serta KESINAMBUNGAN PERPADUAN DAN KEMAKMURAN TANAHAIR YANG TERBINA SEJAK 53 TAHUN YANG SILAM.

ADA BERANI?

Rabu, September 29, 2010

KASIH DAN SAYANG ...

Kasih sayang adalah dua elemen yang saling berkaitrapat. Bagai laut dan pantainya, lagu dan iramanya, kasih dan sayang ternyata tidak mampu dipisahkan sama sekali.

Kasih sayang yang tua terhadap yang muda dan sebaliknya.

Kasih sayang suami terhadap isteri dan sebaliknya.

Kasih sayang ibubapa terhadap anak-anak dan sebaliknya.

Kasih sayang abang, kakak terhadap adik-adik dan sebaliknya.

Kasih sayang pemimpin terhadap rakyat dan sebaliknya.

Kasih sayang rakyat yang tidak rela melihat tanahairnya tergadai disebabkan kehendak pihak luar yang berjaya menghasut agar ianya tidak lagi aman, maju dan bersatu padu.

Mampukah kita menanganinya bersama-sama demi kesinambungan keamanan, kemajuan dan perpaduan tanahair bagi generasi kita yang mendatang?

ADA BERANI?

Selasa, September 28, 2010

PENCAPAIAN DIUTAMAKAN ...

Pengurusan milikan tanah yang tidak seragam di Kg Sg Merali kerana terdapat tanah bergeran dan tanah berstatus TOL.


Polimik hampir 42 pemilik tanah TOL yang tidak dibenarkan membayar premium selama 2 tahun dianggap pelik kerana terdapat pemilik tanah yang bergeran.

Masa hadapan penduduk untuk terus menetap di  kampung berkenaan dalam dilema memandangkan status tanah tersebut diklasifikasikan sebagai tanah bergeran ’putih’.

Kekuatan BN akan terjejas khususnya menjelang PRU13 nanti khasnya bila golongan tidak bertanggungjawab memanipulasikan isu berkenaan.

BN Wangsa Maju harus berbincang dan mendalami isu berkenaan dengan pejabat tanah dan DBKL untuk mengatasi masalah tersebut.

1Malaysia - Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan -
1Malaysia - Menjana Transformasi ...

ADA BERANI?

RAMBUT TAK PUTUS, TEPUNG TAK BERSERAK ...


Pembangunan sekolah rendah agama bagi pendidikan agama anak bangsa terjejas di Kg Sg Merali dalam kawasan parlimen Wangsa Maju.
.
Perancangan kerajaan untuk mendiri sekolah berkenaan terhenti kerana keengganan sejumlah 6 keluarga yang mendiami tanah berkenaan berpindah walaupun tanah berkenaan telah dibeli oleh pihak JAWI.
.
Kekuatan BN akan terjejas jika tidak dapat menangani isu berkenaan yang telah berlanjutan sekian lamanya.
.
Nampak gayanya BN Wangsa Maju harus mencari jalan penyelesaian segera bersama pihak JAWI agar isu berkenaan tidak dimanipulasi oleh golongan yang tidak bertanggungjawab.
.
Jika diamat-amati isu berkenaan, ianya saling tidak ubah seperti 'menarik rambut dalam tepung, rambut tak putus, tepung tak berserak'.
.
ADA BERANI?

Ahad, September 26, 2010

SEJARAH KITA - APA ITU KONTRAK SOSIAL?


Kontrak sosial adalah persetujuan yang dicapai sebelum merdeka di kalangan para pemimpin Melayu, Cina dan India dan parti-parti yang mereka wakili, UMNO, MCA dan MIC. 

Walaubagaimanapun, kontrak sosial harus dianggap sebagai satu persetujuan di kalangan masyarakat berbilang kaum, bukan hanya pemimpin atau kumpulan elit tertentu. 

Permuafakatan itu mendapat sokongan rakyat sebagaimana yang terbukti melalui kemenangan Perikatan dalam pilihan raya 1955. Rakyat perlu memahami fakta sejarah bahawa kontrak sosial dicapai melalui proses muafakat dan musyawarah.

Tanggungjawab kita untuk berkongsi rasa dan saling ingat-mengingati tentang permuafakatan tersebut yang merupakan asas pembinaan negara ini harus diteruskan agar nikmat perpaduan dan kemakmuran berterusan dinikmati khususnya oleh generasi mendatang.

ADA BERANI?

Sabtu, September 25, 2010

SIAKAP SENOHONG, GELAMA IKAN DURI ...

MINGGU LEPAS tatkala kerajaan negeri dan Ketua Menteri Pulau Pinang didesak untuk memberi penjelasan berhubung dakwaan sumber pembiayaan program membasmi kemiskinan tegar warga emas di pulau berkenaan yang dipercayai dari hasil perjudian, mereka menafikan dakwaan tersebut dengan sekeras-kerasnya.

Mereka mendakwa tidak pernah menerima dana yang bersumberkan hasil perjudian sebaliknya menjelaskan bahawa ianya adalah hasil dari penjimatan melalui prinsip ketelusan yang diamalkan oleh kerajaan negeri pulau mutiara.

MINGGU INI kerajaan negeri dihujani dengan kontroversi surat pengesahan penerimaan sumbangan dari pihak kerajaan negeri kepada Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang.

Saya percaya ini adalah konspirasi pembohongan terhadap rakyat Pulau Pinang. Anda semua bagaimana?

ADA BERANI?

Jumaat, September 24, 2010

'DOUBLE STANDARD' - TIKET SUATU KEPIMPINAN ...

Khabarnya YB MP Lembah Pantai - PKR akan bertanding merebut kerusi Naib Presiden dalam pemilihan parti tersebut yang bakal menjelang November ini.

Beliau memutuskan untuk bertanding HANYA disebabkan pencalonan yang memberangsangkan dari peringkat cabang parti berkenaan dan ternyata BUKANNYA aspirasi menggunung untuk memberikan khidmat terbaik buat ahli-ahli parti.

Tiada siapa yang mampu meramalkan apa yang akan terjadi jika pencalonan beliau kurang memberangsangkan?

Sebagai rakyat yang bertanggungjawab, kita tidak mampu diterajui oleh pemimpin yang mempunyai elemen 'double standard' yang hanya bijak mengeksploitasi situasi untuk tujuan tertentu berkepentingan sendiri. 

Karektor kepimpinan yang 'sewaktu dengannya' harus dikorbankan untuk kepentingan ramai. 

ADA BERANI?

Khamis, September 23, 2010

YANG DIKEJAR BIARLAH DAPAT, YANG DIKENDONG JANGAN BIARKAN JATUH BERCICIRAN ...


Sedari ataupun tidak, hari ini genap dua (2) tahun enam (6) bulan dan limabelas (15) hari kita berada dalam penggal pasca PRU12. Dalam lain perkataan, kita telahpun selamat menempuh pertengahan penggal pasca tersebut dan  kini, ianya sudahpun melewati limabelas (15) hari dalam separuh penggal kedua menjelang PRU13 nanti.

Tatkala ini, sejarahlah yang menjadi teman istimewa kita kerana ianya sememangnya tidak pandai berbohong. Kita tidak perlu pandang jauh hanya tumpukan pada gerakerja BN sahaja. 

Apakah kekerapan pemimpin BN dari pelbagai parti komponen di sesebuah kawasan parlimen turun beriringan dalam memantau kawasan. 

Dan berapa ramaikah pemimpin BN dari pelbagai parti komponen di peringkat parlimen yang turun memeriahkan sesuatu ceramah umum dengan pakej tiga (3) versi mini ceramah dari parti-parti komponen sebelum setiap ceramah 'main event' dilangsungkan di hadapan khalayak '1Malaysia'?

Separuh masa kedua zaman pasca PRU12 [dua (2) tahun enam (6) bulan] telahpun bermula selama limabelas (15) hari, mampukah kita berdiam diri tanpa melakukan sebarang perubahan drastik dalam menempuh cabaran PRU13 nanti?

Perubahan positif dan bukannya yang lebih negatif amat penting agar stigma biasa 'yang dikejar tak dapat, yang dikendong jatuh berciciran' tidak berleluasa serta melemahkan jentera BN kelak.  

Dan jika perubahan tidak berlaku dari bahagian atas, perubahan tersebut harus dimulakan dari peringkat akar umbi. 

ADA BERANI?

PANDANGLAH, LIHATLAH ...

Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa dari suatu bahagian (bukan di Malaysia) bahawa jentera sayap parti yang sepatutnya menumpukan sepenuh fokus terhadap PRU13 akan datang lebih menitiberatkan pemilihan parti yang bakal menjelang pada tahun hadapan.


Agenda songsang yang ternyata membawa lebih keburukan dari kebaikan ternyata mengundang implikasi yang lebih menjahanamkan.


Pandanglah, Lihatlah ... apa yang bakal diterjemahkan kepada pemikiran akar umbi sendiri. Mereka sudah pasti jelak kerana asyik dihidangkan dengan agenda pemilihan yang tidak berkesudahan bagaikan tiada agenda lain yang mampu dibawa oleh jentera parti berkenaan selain dari agenda pemilihan parti.


Keyakinan tinggi harus ditanamkan kepada seluruh jentera berkenaan jika agenda cabaran PRU13 tidak ditangani dengan kemenangan mana mungkin agenda pemilihan parti (yang sememangnya menyusul sesudah PRU13) akan menjadi kenyataan kelak.


ADA BERANI?

IKUT HARUS BUKANNYA ARUS ...

Bagaikan sudah sebati dalam kehidupan ini, setiap tindak tanduk kita semestinya berakhir dengan pilihan yang mengambilkira beberapa faktor seperti pandangan pihak lain termasuklah handai taulan dan sebagainya.

Namun tidak ramai yang menyedari hakikat tatkala menempuh situasi berkenaan, kita sering terperangkap dengan pilihan ramai dan bukannya pilihan logik. Dalam lain perkataan, kita sering menjunjung pandangan suara ramai yang lebih popular sungguhpun ada pendapat lain yang lebih bernas meskipun bukan popular. 

Kita sudah pasti tidak menginginkan cara sedemikian menjadi budaya dalam proses pemilihan pemimpin baru umpamanya. Keterlajakan tindakan yang hanya disedari buruk sesudah sesuatu pemilihan kepimpinan baru dalam parti sudah menjadi bubur, yang mampu mengundang pelbagai nestapa dalam parti tersebut.

Jesteru, bulatkan tekad dan perbaharuilah azam untuk tidak mengikut ARUS dan lakukan yang HARUS.

ADA BERANI?