Khamis, Januari 06, 2011

LAIN DAHULU LAIN SEKARANG

Beberapa bulan dahulu, asal ada sahaja pemaju terlajak operasi maksudnya beroperasi lebih masa termasuk pada hari-hari cuti kelepasan am mahupun perayaan, MP Wangsa Maju - Bebaslah yang lantang mempersoalkannya hinggalah sampai ke dada parlimen. Contohnya, DBKL pernah menjadi sasaran apabila keterlanjuran operasi dikesan di tapak binaan Platinum Victory Taman Melati Utama (bersebelahan dengan susur MRR2 menuju ke Taman Melati berhampiran dengan Balai Bomba Dan Penyelamat Taman Melati dan juga Stesyen Petronas Taman Melati Utama.

Namun begitu, lain pula ceritanya sekarang. MP Wangsa Maju - Bebas dikesan diam membisu seribu bahasa berhubung dengan pembinaan terlanjur masa di kawasan pembinaan pusat komersil Platinum Victory dan juga Star Parc di kedua-dua belah Jalan Taman Ibu Kota (permulaannya dari Jalan Genting Kelang). 

ADA BERANI - APA SUDAH JADI YB P116 ... ANDA GAGAL MENGEKALKAN MOMENTUM ... LAIN DAHULU, LAIN SEKARANG ... RAKYAT WANGSA MAJU PERLU MENOLAK AGENDA YANG BERMUSIM INI WALAU APA JUA ALASAN YANG TELAH, SEDANG ATAU AKAN DIBERIKAN BERHUBUNG DENGAN PEMANTAUAN KETERLANJURAN OPERASI PEMBINAAN YANG DIMAKSUDKAN ... 

SAYA SUDAH MUAK BERWAKILRAKYATKAN INDIVIDU SEPERTI INI ...

ANDA SEMUA PULA BAGAIMANA?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan