Jumaat, September 24, 2010

'DOUBLE STANDARD' - TIKET SUATU KEPIMPINAN ...

Khabarnya YB MP Lembah Pantai - PKR akan bertanding merebut kerusi Naib Presiden dalam pemilihan parti tersebut yang bakal menjelang November ini.

Beliau memutuskan untuk bertanding HANYA disebabkan pencalonan yang memberangsangkan dari peringkat cabang parti berkenaan dan ternyata BUKANNYA aspirasi menggunung untuk memberikan khidmat terbaik buat ahli-ahli parti.

Tiada siapa yang mampu meramalkan apa yang akan terjadi jika pencalonan beliau kurang memberangsangkan?

Sebagai rakyat yang bertanggungjawab, kita tidak mampu diterajui oleh pemimpin yang mempunyai elemen 'double standard' yang hanya bijak mengeksploitasi situasi untuk tujuan tertentu berkepentingan sendiri. 

Karektor kepimpinan yang 'sewaktu dengannya' harus dikorbankan untuk kepentingan ramai. 

ADA BERANI?

2 ulasan:

  1. sudah jadi lumrah manusia hipokrit, kuasa yg diperolehi akan dipertahan atas apa saja alasan asalkan diri terjamin, rakyat kini telah mula pandai melihat dan menilai, mengata orang paku serpih...

    BalasPadam
  2. memang benar, tidak ramai anak tanahair yang berpandangan macam fatamorgana ... namun bilangan semakin meningkat saban waktu ...

    tanggungjawab kita adalah untuk meneruskan 'pembogelan' dengan pendedahan demi pendedahan demi kepentingan rakyat dan tanahair ...

    saling tak ubah macam aksi dalam sukan tradisi kita, sepaktakraw, asal bola tanggung je ... jawabnya LIBAS!!!

    BalasPadam