Sedari ataupun tidak, hari ini genap dua (2) tahun enam (6) bulan dan limabelas (15) hari kita berada dalam penggal pasca PRU12. Dalam lain perkataan, kita telahpun selamat menempuh pertengahan penggal pasca tersebut dan kini, ianya sudahpun melewati limabelas (15) hari dalam separuh penggal kedua menjelang PRU13 nanti.
Tatkala ini, sejarahlah yang menjadi teman istimewa kita kerana ianya sememangnya tidak pandai berbohong. Kita tidak perlu pandang jauh hanya tumpukan pada gerakerja BN sahaja.
Apakah kekerapan pemimpin BN dari pelbagai parti komponen di sesebuah kawasan parlimen turun beriringan dalam memantau kawasan.
Dan berapa ramaikah pemimpin BN dari pelbagai parti komponen di peringkat parlimen yang turun memeriahkan sesuatu ceramah umum dengan pakej tiga (3) versi mini ceramah dari parti-parti komponen sebelum setiap ceramah 'main event' dilangsungkan di hadapan khalayak '1Malaysia'?
Separuh masa kedua zaman pasca PRU12 [dua (2) tahun enam (6) bulan] telahpun bermula selama limabelas (15) hari, mampukah kita berdiam diri tanpa melakukan sebarang perubahan drastik dalam menempuh cabaran PRU13 nanti?
Perubahan positif dan bukannya yang lebih negatif amat penting agar stigma biasa 'yang dikejar tak dapat, yang dikendong jatuh berciciran' tidak berleluasa serta melemahkan jentera BN kelak.
Dan jika perubahan tidak berlaku dari bahagian atas, perubahan tersebut harus dimulakan dari peringkat akar umbi.
ADA BERANI?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan