Ahad, Oktober 31, 2010

Pakatan rahsia tuntut korban ...

PUSAT SUMBER
.
Pendedahan tersebut turut menyelongkar pengkhianatan bukan sahaja kepada negara, yang sedang sekian lamanya bertahan dalam aspek keamanan dan kemakmurannya, malah terhadap parti yang dikhianati dalam pakatan pembangkang pastinya telahpun diketahui umum serta tidak perlu dinyatakan lagi.
.
Pendedahan demi pendedahan tentang keujudan pakatan dalam pakatan pembangkang harus ditelanjangkan demi kepentingan ramai. 
.
ADA BERANI?

Perjanjian PKR-DAP bukan main-main ...

PUSAT SUMBER

Keharmonian, kemakmuran dan kesejahteraan negara sememangnya digugat oleh segelintir pihak yang berjuang atas prinsip kepentingan sendiri dan bukannya kepentingan ramai. Adalah menjadi tanggungjawab sebahagian besar rakyat yang lebih bertanggungjawab terhadap nusa dan bangsa apatah lagi dalam mempertahankan tanahair ini dari diperlakukan dengan sewenang-wenangnya oleh petualang-petualang ejen pembawa perubahan melampaui negatif.

ADA BERANI?



Isnin, Oktober 25, 2010

JANGAN LUPA PESANAN BAPA-BAPA PENGASAS TANAHAIR ...

Kedudukan dan hak orang-orang Melayu serta orang-orang Bukan Melayu dilindungi sepenuhnya serta terkunci kemas dalam Perlembagaan Persekutuan tanpa dapat digugat lagi.

Kenyataan ini wajar diterima semua kaum negara ini sebagaimana kontrak yang telah dimuafakat oleh bapa-bapa pengasas yang mewakili semua kaum ketika tanahair ini menghampiri fajar kemerdekaan beberapa dekad yang lampau.

Kita sering alpa dan terlupa tentang Sejarah namun Sejarah tidak pernah melupakan Kita ...

Kita perlu bangkit dan mara ke hadapan, usah biarkan yang dikejar tak dapat dan yang dikendong jatuh berciciran.

ADA BERANI?

MARI MENGENAL SEJARAH SENDIRI ...

Pengumuman kerajaan untuk menjadikan matapelajaran Sejarah sebagai matapelajaran wajib lulus dalam peperiksaan SPM mulai tahun 2013 menunjukkan kesungguhan kerajaan dalam meningkatkan kefahaman pelajar tentang sejarah tanahair ini.

Dalam satu perkembangan yang berkaitan, mata pelajaran Sejarah juga akan menjadi mata pelajaran teras dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) mulai 2014.

Apa yang harus dilakukan untuk meningkatkan kefahaman dan penghayatan tentang kewarganegaraan, patriotisme serta perlembagaan generasi lepasan sekolah termasuklah golongan belia dan juga dewasa agar mereka dengan tidak sewenang-wenangnya menjadi ejen kepada perUBAHan NEGATIF yang bakal menjejaskan keamanan, kemajuan serta kemakmuran tanahair yang sedia terpelihara sekian lama. 

Apakah masanya telah tiba untuk sebahagian besar rakyat bumi yang bertuah ini menentang segala cubaan untuk meruntuhkan institusi kenegaraan ini?

ADA BERANI?

Sabtu, Oktober 23, 2010

UMNO DAHULUKAN RAKYAT


Mulai saat ini, UMNO akan berubah jika tidak mahu diubah. Saya percaya ianya mampu digalas oleh semua ahli UMNO tanpa mengira pangkat dan lokasi.

Seraya ini, UMNO yang memacu kepimpinan BN pasti akan turut meletakkan asas perjuangannya sebagai
BN Dahulukan Rakyat.

ADA BERANI?

TRASFORMASI POLITIK ...

Transformasi Politik adalah penting dalam memulihkan keyakinan ahli-ahli, bukan ahli, rakan dan lawan BN. Umum menyedari bahawa mencapai sesuatu adalah sukar berbanding dengan langkah-langkah perlu untuk mempertahankannya. Namun dalam konteks semasa, Transformasi Politik ternyata sukar untuk dicapai melainkan dengan kesungguhan tahap maksima pelbagai pihak yang ternyata pelengkap dan bukannya pesaing dalam BN.

Cabaran mengganas yang terbentang di hadapan mata masakan dapat dilalui tanpa kompas pedoman yang dibentang seperti berikut:-
1) Keberanian untuk mengakui kesilapan kita di masa yang lepas.
2) Kebolehan untuk mengenalpasti permasalahan dan melaksana langkah muhasabah diri.
3) Iltizam tinggi dalam merangka dan merealisasi gerakerja politik untuk menyemarakkan keyakinan ahli-ahli, bukan ahli-ahli, rakan dan lawan.

ADA BERANI?

POLITICS IS A GAME OF NUMBERS ...

Perhitungan angka dunia politik bukan sahaja tertumpu dalam memenangi siri-siri pemilihan jawatan dalam parti malah sempadannya menerobos hingga ke anjung siri-siri pilihanraya termasuk yang umum mahupun tidak.

Kegagalan kita dalam menyaingi pencapaian pembangkang terutamanya DAP dalam kempen menambah bilangan pengundi jelas menunjukkan bahawa kita masih berada dalam zon kawasan yang teramat selesa.

Jesteru, pemikiran dan kudrat yang ada hari ini harus bertongkatkan cerminan sang penakluk untuk mempersiap-siagakan bala tentera pengundi baru dalam memastikan kemenangan BN dalam PRU13 yang bakal menjelang pada bila-bila masa sahaja.

Kekuatan mental bala tentera pengundi baru ini pasti akan berada di tahap yang tertinggi seandainya kita berjaya mengadunkan kesungguhan mereka dan juga motivasi perjuangan bangsa serta tanahair ini. 

Dunia keselesaan ini harus ditelanjangkan segera agar perjuangan agama, bangsa dan tanahair mampu kita selamatkan dari terjahan pengkhianat bangsa yang sentiasa menanti kesilapan dan kealpaan kita semua.

ADA BERANI?

Selasa, Oktober 19, 2010

FAJAR DI BUMI PERMATA

Jangan, jangan, jangan mudah terpedaya dengan hasutan, jangan, jangan, jangan tak tinggalkan pemimpin terutamanya yang bermasalah peribadi.

Dengki bukan, hasad bukan, khianat pun bukan. Tetapi apa yang lebih penting perjuangan anda semua di atas landasan mencari kepimpinan melalui teladan yang tidak menyusahkan dan tidak ketinggalan tanggapan BUKAN LIABILITI PARTI, harus terus mekar subur dalam jiwa masing-masing.

Pilihlah pemimpin yang lebih baik untuk memimpin anda semua dalam parti masing-masing, tidak kira samada anda menyokong atau menentang kerajaan persekutuan yang sediada.

NAMUN, KALAU SUSAH-SUSAH SANGAT, 'BALIK KAMPUNG' MACAM  LAGU ARWAH SUDIRMAN TU JE, PULANG KE PANGKUAN UMNO DAN PARTI-PARTI KOMPONEN LAIN DALAM BN JIKA PARTI YANG ANDA SEMUA SOKONG SEKARANG DALAM PAKATAN PEMBANGKANG SEBENARNYA JAUH DI LUBUK JIWA GAGAL DAN TIDAK PERNAH MEMPERJUANGKAN DIRI  ANDA SEMUA SEBAGAI PEJUANG SEJATI, PENYOKONG TEGAR. BUMI MANA YANG TIDAK DITIMPA HUJAN, LAUT MANA YANG TIDAK BERGELORA. APA JUA PERMASALAHAN DALAM BARISAN YANG MENUNJANGI NADI KERAJAAN MALAYSIA SEHINGGA KE HARI INI BOLEH SAMA-SAMA KITA PERBETULKAN DARI DALAM ... ITUPUN JIKA ADA NIATLAH UNTUK MEMPERBETULKAN APA JUA YANG TIDAK BETUL.

ADA BERANI?

Sabtu, Oktober 16, 2010

ANTARA PRIHATIN KERAJAAN DAN PERITHATI PEMBANGKANG ...

Sekilas ikan di air, dapatku agak jantan dan betinanya ...
Reaksi sebahagian ahli parlimen dari pakatan pembangkang sudah menjadi semakin hampir dengan perkataan 'stereotaip thinking'.

Namun kali ini mereka yang diketuai oleh dsai meninggalkan ungkapan lazim 'bajet gula-gula' lantas menukarkannya dengan ungkapan 'bajet pilihanraya'.

Walaupun pahit bagaikan jadan, dsai beranggapan bahawa bajet kali ini bersifat mesra rakyat namun keprihatinan tersebut menjurus kepada keperluan pilihanraya.

Kalaulah sedikit masa dahulu, kita mendengar ungkapan 'Islamofobia' bagi segelintir dunia bukan Islam yang masih cetek pandangan kurang pemahafaman tentang Islam, kali ini di halaman kita sendiri, dsai dan barisannya terperangkap dengan ungkapan 'PRU-fobia' kerana sering mengaitkan apa sahaja lebih-lebih lagi yang diutarakan oleh pihak kerajaan dengan percaturan pilihanraya. Bak kata anak-anak muda sekarang, kalau kepala sudah berserabut dengan perkataan PRU13 dan undi, apakah yang bakal terjadi dengan perjuangan asal - memantau permasalahan dan membela nasib rakyat terutamanya di kawasan sendiri?

Sedangkan kawasan sendiri tidak terjaga dengan baik, inikan pula ...  

Adik-adik kita di IPTA yang mempelajari ekonomi pun faham bahawa setiap tahun bajet negara memperuntukkan insentif tertentu seperti PEMOTONGAN ataupun PENAMBAHAN yang bakal menyemai subur kegiatan ekonomi dan khidmat sosial di tanahair yang tercinta ini.

Pihak pembangkang sebenarnya bertambah 'kaget' dan risau angkara pembentangan bajet negara yang lebih positif. Mungkin ada di antara kita yang lupa dan alpa bahawa dalam tempoh tidak sampai pun 10 tahun pada 1 Januari 2020, kita akan berada di ambang Wawasan 2020 yang sememangnya meletakkan fokus sebagai sebuah negara  maju. 

Walaupun dihentam keras saban waktu oleh sebilangan pembangkang berstatus pemimpin nasional hinggalah pemimpin lokaliti dan keluarga, kerajaan berusaha gigih untuk memberikan perkhidmatan yang lebih baik untuk rakyat tanpa mengira rakyat yang menyokong atau tidak menyokong BN dalam PRU13. 

Peningkatan demi peningkatan yang didemonstrasikan (BUKAN DEMONSTRASI JALANAN) adalah bukti bahawa pihak kerajaan juga sedang belajar dan akan terus belajar dari kesilapan lampau demi memacu pentadbiran tanahair ini ke arah yang lebih baik dan kondusif.

Jika kita amati keseluruhan intipati di atas, ianya mustahil akan lari dari falsafah perjuangan nasional yang telahpun digarap seperti berikut:

RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN ...

Usah kita terpedaya dan terpedaya lagi dengan omongan kosong pihak pembangkang yang ternyata sanggup memporak-perandakan negara demi perhitungan politik terutamanya menjelang PRU13 nanti. 

Sedangkan adik-adik kita di IPTA pun pintar membezakan yang baik dan buruk, inikan pula ...

Rakyat perlu bersatu menolak sebarang fahaman yang bakal menggugat keberkesanan dasar mahupun polisi kerajaan (termasuklah penentangan terhadap bajet 2011) yang bakal memacu pelayaran tanahair ini menuju Wawasan 2020.

ADA BERANI?

Khamis, Oktober 14, 2010

GAJAH DI HADAPAN MATA SENDIRI PUN TIDAK NAMPAK ...


Seantero dunia sedang mengikuti tekanan yang diperolehi oleh bekas Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO suatu ketika dahulu. Beliau tampak sangat cergas memburukkan tanahair sendiri dan mendakwa bahawa beliau mampu menyelesaikan pertikaian di antara dua buah negara yang berjiran sekiranya beliau adalah Perdana Malaysia pada ketika ini.

Namun seantero dunia juga sedang menyaksikan tekanan 'gaban' masalah peribadi dan parti yang dinasihatinya sendiri secara peribadi.

Kemampuan seharusnya menjadi ukuran dan bukannya kemahuan yang tiada batasan dalam memberikan sesuatu yang terbaik apatah lagi untuk alif - ba - ta, agama, bangsa dan tanahair. Perbandingan ukur baju di badan sendiri harus menjadi prinsip yang seharusnya dipegang.

Saya sememangnya tidak mampu untuk mengikuti jejak langkahnya itu. Anda pula bagaimana?

ADA BERANI?

Rabu, Oktober 13, 2010

MENGATA ORANG DIA YANG LEBIH ...

Khabarnya Ketua Menteri Pulau Pinang yang sedang kelam kabut di halamannya sendiri menyalahkan pihak kerajaan di atas kemerosotan portfolio pelaburan terus asing (foreign direct investment) negara.

Memang mudah untuk meletakkan kesalahan terhadap orang lain. Oleh kerana 'kesibukan' yang gaban bersama warga emas Pulau Pinang baru-baru ini, beliau mungkin terlepas pandang bahawa kemerosotan yang didakwa tersebut mungkin berpunca dari sikap wakil-wakil rakyat  yang telah berjaya kononnya mengubah lanskap politik tanahair tetapi malangnya gagal untuk melaksanakan tanggungjawab masing-masing membina negara ini.

Usah perjudikan masa hadapan tanahair ini dengan memilih sebahagian wakil-wakil rakyat yang ternyata mengalami kejutan budaya dalam PRU 12 lepas. 

Marilah beramai-ramai berjuang bersama dan kembalikan mandat kepada Barisan Nasional yang telah membina tanahair ini yang ternyata dicemburui kawan dan lawan.

ADA BERANI?

Sabtu, Oktober 09, 2010

BOLA TANGGUNG ...

PUSAT SUMBER

Ramai yang menaruh harapan tinggi kepada DSAI untuk membawa perubahan dan reformasi dalam dunia politik tanahair hari ini.

Sememangnya beliau berjaya mengorak langkah bukan yang berani sebaliknya yang sumbang dan negatif ke arah memenuhi aspirasi menggunung rakyat yang TIPAH TERTIPU.

Pada hemat saya, kegagalan demi kegagalan yang beliau alami sudah cukup menjadi isyarat nyata bahawa kelibatnya dalam lanskap politik negara pada hari ini adalah TIDAK RELEVAN dan TIDAK DIPERLUKAN lagi bagi memperjuangkan nasib rakyat di bumi yang amat bertuah ini.

Hasrat Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim untuk bertanding jawatan Presiden parti dipercayai berkaitan kegagalan Penasihat PKR, DSAI membawa aspirasi rakyat di dalam parti tersebut. 

Maksud yang tersirat adalah kegagalan memenuhi aspirasi rakyat di DALAM dan LUAR PKR. 

TERIMA KASIH DAUN KELADI, KALAU BOLEH HANCURKAN LAGI ...

Nah, pejuang-pejuang tanahairku sekelian, pisau di tangan kananmu dan mentimun di tangan kirimu ... 


Laksanakan tanggungjawab masing-masing selagi hayat di kandung badan ...

ADA BERANI???

SERBA TIDAK KENA, NAMPAK ...

PUSAT SUMBER

TG (bukan Tengku) Nik Aziz semakin tidak menentu. Beliau mengaitkan hampir keseluruhan perkara termasuk penetapan ISU TARIKH PRK DUN GALAS oleh pihak SPR dengan campurtangan UMNO. Mungkin beliau sendiri TERLUPA bahawa dalam DUN Kelantan, bukan hanya diwakili oleh wakil-wakil rakyat dari Pas malahan juga dari UMNO. 

Mungkin TG Nik Aziz sudahpun merasa bahang PRK Galas yang bakal mencongak peluang Pas terutamanya dalam PRU13 nanti. 

UDAH-UDAHLAH TU ... PEJABAT MENTERI BESAR KELANTAN KATA PERGI, PERSARAAN KATA MARI!!!

ADA BERANI??? 

DIMENSI BARU HUBUNGAN KEPARTIAN DAN KERAJAAN ...

Kemerdekaan tanahair ini telah pun menjangkau melebihi 53 tahun lamanya. Berbagai peristiwa suka duka telah sempat dirakamkan. Ada yang pahit dan manis namun tidak kurang juga yang menjejaskan keharmoniannya.

Kita juga sering terperangkap di antara konsep 'parti yang menguasai kerajaan' ataupun 'kerajaan yang menguasai parti'. Pada saya tiada apapun yang salah dengan kedua-dua konsep tersebut namun elemen parti dan kerajaan harus diberikan nafas yang baru bersesuaian dengan cabaran yang mendatang.
Parti harus berperanan sebagai pendesak ataupun penyumbang isu (boleh diibaratkan sebagai pemohon belanjawan) manakala kerajaan pula bertindak sebagai pelaksana desakan ataupun penyelesai isu (boleh diibaratkan sebagai pemberi belanjawan dan pelaksana). 

Suatu dimensi baru pengertian hubungan kepartian dan kerajaan harus diteroka dan meresapi sanubari rakyat kerana menang tak menang semua, kalah tak kalah semua. Kepartian harus memastikan agar suara rakyat yang diwakili akan terus didengari oleh kerajaan yang bakal melaksanakan apa jua cadangan yang ditimbulkan.

Apa yang terjadi sekarang adalah parti yang menguasai kerajaan sering dipersalahkan di atas sesuatu masalah yang berlaku dan bukannya kerajaan. Tambah merumitkan lagi ungkapan seperti kerajaan yang bertunjangkan UMNO / BN sering dipersalahkan ke arah mendapatkan sokongan rakyat yang melata. Umum seharusnya akur bahawa kerajaan menggaji kakitangannya bagi melaksana segala perancangan dan dasarnya yang sediada. 

Kegagalan kakitangan kerajaan tersebut dalam menggalas tanggungjawab masing-masinglah yang merupakan faktor yang sengaja disorok dari pengetahuan umum dan parti yang menunjangi kerajaan tersebutlah yang sering  menjadi bahan asakan. Namun ianya bukan begitu mudah untuk dilaksana. Kerajaan harus menerima sesuatu rungutan mahupun cadangan dan menimbangkannya secara objektif demi kepentingan rakyat. Tindakan yang bakal diambil kelak akan mendidik warga kerajaan agar bertugas dengan lebih dedikasi demi kesinambungan perjuangan agama, bangsa dan tanahair. Hukuman sewajarnya harus dijatuhkan ke atas mana-mana kakitangan kerajaan yang membelakangi prinsip perkhidmatan awam. 

Langkah seumpamanya dipercayai bakal mengubah lanskap perkhidmatan awam di bawah perlaksanaan kerajaan yang dilhamkan oleh golongan kepartian. 

Umum harus membezakan dua entiti yang berbeza iaitu parti dan kerajaan. Saya percaya pandangan dari sudut yang agak janggal dan berlainan ini mampu mengurangkan jurang perbezaan perkhidmatan awam yang berhemah dan juga tidak berhemah. Jika berlaku sesuatu penyelewengan, parti tidak akan terjejas sebaliknya kakitangan kerajaan yang didapati bersalah akan didakwa dan dihukum dengan sewajarnya.

Hubungan parti sebagai kumpulan pendesak ataupun perancang dan kerajaan sebagai pelaksana tanggungjawab harus dimurnikan supaya agenda pembelaan rakyat tidak akan mudah untuk dikhianati atau diambil kesempatan oleh mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab.

Namun begitu perlaksanaannya adalah tidak semudah yang disangkakan namun perubahan tersebut harus dimaterialisasikan demi keharmonian tanahair ini.

ADA BERANI?

Khamis, Oktober 07, 2010

YANG MANA SATU?


Memang tidak dapat dinafikan kekuatan sesebuah pasukan berpunca dari beberapa faktor seperti persediaan rapi dan juga kualiti yang tinggi. Pengalaman juga memainkan peranan yang penting dalam menyuntik kelebihan kepada sesebuah pasukan.

Dalam masa yang tertentu, kemerosotan pasukan-pasukan yang lain turut mempengaruhi kedudukan keseluruhan kejohanan. Di mana maruah kita kalau seluruh tanahair dijaja dengan berita sensasi yang seumpamanya apatah lagi bermodalkan kejatuhan orang lain. Saya pasti anda semua inginkan pasukan yang berprestasi tinggi yang tidak mahu nasibnya ditentukan oleh lain-lain pihak.
.
Meraih populariti adalah mudah namun untuk mengekalkannya bukanlah suatu tanggungjawab yang mudah. Namun ianya bukanlah isu yang ingin ditimbulkan. Perhatikan contoh berikut: 1) Kerajaan BN yang popular di atas prinsipnya yang bertambah baik atau 2) Kerajaan BN yang popular di atas kemerosotan pihak parti lawan. 

Yang mana satu selari dengan cogankata keramat - Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan?

Pasti dengan jawapannya ...
.
ADA BERANI?

Jumaat, Oktober 01, 2010

SALAH STRATEGI ...

Kita sering mempersoalkan pasukan-pasukan bolasepak dalam Liga Malaysia yang mempergunakan strategi yang silap dalam sesebuah perlawanan. Pada kebiasaannya selepas tumpas, pelbagai pihak akan dipersalahkan dari peringkat pengurusan, kejurulatihan hinggalah ke pemain-pemain sendiri.

Namun kali ini bukannya prestasi dunia sukan bolasepak yang ingin dipersoalkan. Ungkapan silap strategi juga AMAT RELEVAN dalam kancah politik terutamanya di peringkat bahagian. 

Jika kajian menyeluruh dijalankan pada masa ini, ada pihak yang risau mengenangkan prestasi parti dalam PRU13 nanti. Namun, tidak kurang juga yang mula bercongak politik maklumlah penggak sedia ada selama 3 tahun akan berakhir pada tahun hadapan. 

Kita tinggalkan sebentar faktor keputusan pihak tertinggi parti samada akan meneruskan pemilihan pelbagai peringkat pada 2011 ataupun menangguhkannya sahaja demi semangat serta persiapan PRU13 nanti. 

Walauapapun, keputusan yang bakal diambil oleh pihak berkenaan, fokus utama parti seharusnya tertumpu pada  PRU13, tiada yang lain HANYA PRU13 SAHAJA. Pemimpin di pelbagai peringkat pelbagai sayap harus membantu mengujudkan suasana yang harmoni di samping mmembantu dalam mengembeling mentaliti pada ahli pelbagai peringkat pelbagai sayap ke arah FOKUS PEMERKASAAN PARTI.
.
Bayangkan jika virus merbahaya 'bertanding' menyelinap ke dalam pemikitan ahli-ahli parti, apa jua rancangan persediaan PRU13 tidak akan berjalan dengan baik kerana penyakit 'SABO' akan tiba walaupun tidak diundang.

APA YANG HARUS DILAKUKAN KHASNYA TERHADAP PIHAK YANG AMBIL SALAH 'STRATERGI'?
.
ADAKAH PIHAK YANG BERANI MENEGUR MEREKA DEMI KEPENTINGAN RAMAI?

ADA BERANI?