Kita sering mempersoalkan pasukan-pasukan bolasepak dalam Liga Malaysia yang mempergunakan strategi yang silap dalam sesebuah perlawanan. Pada kebiasaannya selepas tumpas, pelbagai pihak akan dipersalahkan dari peringkat pengurusan, kejurulatihan hinggalah ke pemain-pemain sendiri.
Namun kali ini bukannya prestasi dunia sukan bolasepak yang ingin dipersoalkan. Ungkapan silap strategi juga AMAT RELEVAN dalam kancah politik terutamanya di peringkat bahagian.
Jika kajian menyeluruh dijalankan pada masa ini, ada pihak yang risau mengenangkan prestasi parti dalam PRU13 nanti. Namun, tidak kurang juga yang mula bercongak politik maklumlah penggak sedia ada selama 3 tahun akan berakhir pada tahun hadapan.
Kita tinggalkan sebentar faktor keputusan pihak tertinggi parti samada akan meneruskan pemilihan pelbagai peringkat pada 2011 ataupun menangguhkannya sahaja demi semangat serta persiapan PRU13 nanti.
Walauapapun, keputusan yang bakal diambil oleh pihak berkenaan, fokus utama parti seharusnya tertumpu pada PRU13, tiada yang lain HANYA PRU13 SAHAJA. Pemimpin di pelbagai peringkat pelbagai sayap harus membantu mengujudkan suasana yang harmoni di samping mmembantu dalam mengembeling mentaliti pada ahli pelbagai peringkat pelbagai sayap ke arah FOKUS PEMERKASAAN PARTI.
.
Bayangkan jika virus merbahaya 'bertanding' menyelinap ke dalam pemikitan ahli-ahli parti, apa jua rancangan persediaan PRU13 tidak akan berjalan dengan baik kerana penyakit 'SABO' akan tiba walaupun tidak diundang.APA YANG HARUS DILAKUKAN KHASNYA TERHADAP PIHAK YANG AMBIL SALAH 'STRATERGI'?
.
ADAKAH PIHAK YANG BERANI MENEGUR MEREKA DEMI KEPENTINGAN RAMAI?ADA BERANI?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan