Sabtu, Oktober 16, 2010

ANTARA PRIHATIN KERAJAAN DAN PERITHATI PEMBANGKANG ...

Sekilas ikan di air, dapatku agak jantan dan betinanya ...
Reaksi sebahagian ahli parlimen dari pakatan pembangkang sudah menjadi semakin hampir dengan perkataan 'stereotaip thinking'.

Namun kali ini mereka yang diketuai oleh dsai meninggalkan ungkapan lazim 'bajet gula-gula' lantas menukarkannya dengan ungkapan 'bajet pilihanraya'.

Walaupun pahit bagaikan jadan, dsai beranggapan bahawa bajet kali ini bersifat mesra rakyat namun keprihatinan tersebut menjurus kepada keperluan pilihanraya.

Kalaulah sedikit masa dahulu, kita mendengar ungkapan 'Islamofobia' bagi segelintir dunia bukan Islam yang masih cetek pandangan kurang pemahafaman tentang Islam, kali ini di halaman kita sendiri, dsai dan barisannya terperangkap dengan ungkapan 'PRU-fobia' kerana sering mengaitkan apa sahaja lebih-lebih lagi yang diutarakan oleh pihak kerajaan dengan percaturan pilihanraya. Bak kata anak-anak muda sekarang, kalau kepala sudah berserabut dengan perkataan PRU13 dan undi, apakah yang bakal terjadi dengan perjuangan asal - memantau permasalahan dan membela nasib rakyat terutamanya di kawasan sendiri?

Sedangkan kawasan sendiri tidak terjaga dengan baik, inikan pula ...  

Adik-adik kita di IPTA yang mempelajari ekonomi pun faham bahawa setiap tahun bajet negara memperuntukkan insentif tertentu seperti PEMOTONGAN ataupun PENAMBAHAN yang bakal menyemai subur kegiatan ekonomi dan khidmat sosial di tanahair yang tercinta ini.

Pihak pembangkang sebenarnya bertambah 'kaget' dan risau angkara pembentangan bajet negara yang lebih positif. Mungkin ada di antara kita yang lupa dan alpa bahawa dalam tempoh tidak sampai pun 10 tahun pada 1 Januari 2020, kita akan berada di ambang Wawasan 2020 yang sememangnya meletakkan fokus sebagai sebuah negara  maju. 

Walaupun dihentam keras saban waktu oleh sebilangan pembangkang berstatus pemimpin nasional hinggalah pemimpin lokaliti dan keluarga, kerajaan berusaha gigih untuk memberikan perkhidmatan yang lebih baik untuk rakyat tanpa mengira rakyat yang menyokong atau tidak menyokong BN dalam PRU13. 

Peningkatan demi peningkatan yang didemonstrasikan (BUKAN DEMONSTRASI JALANAN) adalah bukti bahawa pihak kerajaan juga sedang belajar dan akan terus belajar dari kesilapan lampau demi memacu pentadbiran tanahair ini ke arah yang lebih baik dan kondusif.

Jika kita amati keseluruhan intipati di atas, ianya mustahil akan lari dari falsafah perjuangan nasional yang telahpun digarap seperti berikut:

RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN ...

Usah kita terpedaya dan terpedaya lagi dengan omongan kosong pihak pembangkang yang ternyata sanggup memporak-perandakan negara demi perhitungan politik terutamanya menjelang PRU13 nanti. 

Sedangkan adik-adik kita di IPTA pun pintar membezakan yang baik dan buruk, inikan pula ...

Rakyat perlu bersatu menolak sebarang fahaman yang bakal menggugat keberkesanan dasar mahupun polisi kerajaan (termasuklah penentangan terhadap bajet 2011) yang bakal memacu pelayaran tanahair ini menuju Wawasan 2020.

ADA BERANI?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan