Khamis, November 04, 2010

KALAU SIREH NAK PULANG JUGA KE GAGANG ...







Menyedari hakikat bahawa perjuangan yang digalas dalam tahun 1999 sebagai bekas Ketua Cabang Parti Keadilan Nasional (sekarang Parti Keadilan Rakyat) Wangsa Maju tidak membawa sebarang erti lagi sekarang, Mohd Nasir Husin sekarang tidak lagi menoleh ke belakang.

Perjuangan PKR yang disifatkan terpesong jauh dari ertikata perjuangan reformasi yang sebenar. Siapa yang tidak kenal dahulu kepada Bapa Reformasi namun sekarang Reformasi Tanahair adalah tidak lain tidak bukan, YAB Dato' Sri Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia yang amat kita kasihi sekelian. 

Lain hulu lainlah parang, lain dulu lainlah sekarang ...

Jesteru, berkat keazaman tangan beliau yang memulakan dan tangan yang samalah juga akan membantu BN Wangsa Maju membungkus perjuangan PKR dalam PKR13 akan datang.

Azam Mohd Nasir Husin adalah untuk berkempen dengan seberapa ramai yang boleh mengikuti program Sireh Pulang Ke Gagang terutamanya kepada ahli-ahli PKR Wangsa Maju sediada dan tidak ketinggalan masyarakat umum.

Perjuang tidak bernoktah di situ. Anjakan paradigma harus diterokai demi meningkatkan populariti kepimpinan Y Bhg Dato' Dr Haji Mohd Shafei Abdullah, Pengerusi Penyelaras BN Wangsa Maju merangkap Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju, Ketua Penerangan Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan dan Setiausaha Politik Kepada Menteri Kewangan, agar beliau beliau akan lebih dikenali dengan perjuangan selaras dengan konsep 1Malaysia.

Ayuh, pejuang-pejuang sekelian, bangkitlah senada seirama, sehayun selenggang demi mempertahankan erti kedaulatan tanahair yang kita cintai bersama, tidak kira di mana jua anda berada.

ADA BERANI?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan