Rabu, November 24, 2010

PERJUANGAN BERKEPENTINGAN RAMAI ...

Kita sememangnya berhadapan dengan dua pilihan utama dalam dilemma PRU13 nanti samada untuk pilihan pertama, mempertahankan kerajaan sediada yang bertunjangkan perjuangan parti komponen BN ataupun pilihan kedua, memilih kerajaan baru yang bersarafkan perjuangan pakatan pembangkang.

Satu pihak telahpun berjasa kepada agama, bangsa dan tanahair buat sekian lamanya sejak bahtera berlabuh 53 tahun yang lepas manakala satu lagi pihak hanya berpeluang berjasa kepada beberapa buah negeri yang berjaya dirampas dalam PRU12 yang lepas, itupun puaslah melayan beberapa episod karenah politik ciptaan mereka sendiri - SENJATA MAKAN TUAN.

Jesteru, adalah menjadi tanggungjawab kita bersama untuk memastikan BN mempunyai kelebihan dari aspek BILANGAN dan juga KUALITI pejuang-pejuang Agama, Bangsa dan Tanahair juga dikenali sebagai pengundi (tidak mengira samada yang baru ataupun lama) yang sanggup mempertahankan keharmonian dan kesejahteraan tanahair dari dirogol demi memenuhi tuntutan hawa nafsu KEPENTINGAN SENDIRI dan bukannya perjuangan atas tiket KEPENTINGAN RAMAI ...

ADA BERANI ???

Tiada ulasan:

Catat Ulasan