Sabtu, Oktober 09, 2010

BOLA TANGGUNG ...

PUSAT SUMBER

Ramai yang menaruh harapan tinggi kepada DSAI untuk membawa perubahan dan reformasi dalam dunia politik tanahair hari ini.

Sememangnya beliau berjaya mengorak langkah bukan yang berani sebaliknya yang sumbang dan negatif ke arah memenuhi aspirasi menggunung rakyat yang TIPAH TERTIPU.

Pada hemat saya, kegagalan demi kegagalan yang beliau alami sudah cukup menjadi isyarat nyata bahawa kelibatnya dalam lanskap politik negara pada hari ini adalah TIDAK RELEVAN dan TIDAK DIPERLUKAN lagi bagi memperjuangkan nasib rakyat di bumi yang amat bertuah ini.

Hasrat Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim untuk bertanding jawatan Presiden parti dipercayai berkaitan kegagalan Penasihat PKR, DSAI membawa aspirasi rakyat di dalam parti tersebut. 

Maksud yang tersirat adalah kegagalan memenuhi aspirasi rakyat di DALAM dan LUAR PKR. 

TERIMA KASIH DAUN KELADI, KALAU BOLEH HANCURKAN LAGI ...

Nah, pejuang-pejuang tanahairku sekelian, pisau di tangan kananmu dan mentimun di tangan kirimu ... 


Laksanakan tanggungjawab masing-masing selagi hayat di kandung badan ...

ADA BERANI???

2 ulasan:

  1. DSAI lambang manusia melayu pengecut yang bijak mendapatkan perhatian untuk kejayaan diri sendiri. Bangkai gajah disimpan dengan daun nyiur lama-lama berbau jua. Rakyat kini lebih matang untuk menilai keperibadian manusia bernama anwar ibrahim...

    BalasPadam
  2. Saya nak pinjam ulasan ini untuk renungan --"DAHULU NALLA MERUPAKAN SAHABAT ANWAR.BAYANGKANLAH NALLA PUN DIBOHONGI ANWAR.NALLA BERJUANG KERANA ANWAR SEHINGGA BELIAU SANGGUP DIPENJARAKAN.APATAH LAGI KAUM INDIA LAIN YANG BUKAN SAHABAT ANWAR.ANWAR BERBOHONG KEPADA KAUM INDIA DAN KAUM INDIA RELA DIRI MEREKA DIBOHONGI.....
    Presiden Parti India Bersatu Malaysia (MIUP) Datuk KS Nallakarupan hari ini mencabar Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya mendedahkan apa yang telah dilakukannya untuk kebaikan masyarakat India sewaktu beliau berada dalam kerajaan dahulu.Beliau berkata, Anwar perlu menyatakan apakah sumbangannya kepada masyarakat India terutama ketika beliau memegang jawatan timbalan perdana menteri dan menteri kewangan.
    Nalla berkata, berdasarkan kepada hubungan akrabnya dengan Anwar selama lebih 30 tahun, "saya tahu benar bahawa beliau hanya berbohong kepada masyarakat India sekarang, semata-mata untuk mendapatkan undi mereka sahaja"."Saya berharap beliau akan berhenti dengan segera permainan politiknya untuk menipu masyarakat India." so rakan-rakan semua buat lah penilaian tentang SIAPA ANWAR

    BalasPadam