Rabu, Oktober 13, 2010

MENGATA ORANG DIA YANG LEBIH ...

Khabarnya Ketua Menteri Pulau Pinang yang sedang kelam kabut di halamannya sendiri menyalahkan pihak kerajaan di atas kemerosotan portfolio pelaburan terus asing (foreign direct investment) negara.

Memang mudah untuk meletakkan kesalahan terhadap orang lain. Oleh kerana 'kesibukan' yang gaban bersama warga emas Pulau Pinang baru-baru ini, beliau mungkin terlepas pandang bahawa kemerosotan yang didakwa tersebut mungkin berpunca dari sikap wakil-wakil rakyat  yang telah berjaya kononnya mengubah lanskap politik tanahair tetapi malangnya gagal untuk melaksanakan tanggungjawab masing-masing membina negara ini.

Usah perjudikan masa hadapan tanahair ini dengan memilih sebahagian wakil-wakil rakyat yang ternyata mengalami kejutan budaya dalam PRU 12 lepas. 

Marilah beramai-ramai berjuang bersama dan kembalikan mandat kepada Barisan Nasional yang telah membina tanahair ini yang ternyata dicemburui kawan dan lawan.

ADA BERANI?

1 ulasan:

  1. Rasa-rasanya apa yang boleh kita buat dengan orang yang jalan-jalan cari platform negara luar burukkan negara sendiri ni ...

    ADA KOMEN TAK?

    BalasPadam